Sunday, March 8, 2015

Sambutan Hari Raya Aidilfitri

Banyaknya Makanan.......


Video Nyanyian Lagu Patriotik

Selamat Menonton



Memori Sambutan Hari kemerdekaan di Smk Temerloh

Ketika menyanyikan lagu Jalur Gemilang




Diari Praktikal

Kenangan bersama 15 orang Guru Pelatih di Smk Temerloh, Pahang Darul Makmur.



Pengamal Refleksi

    Ciri-ciri pengamal reflektif

1.       Memahami yang dirinya saling bergantung dengan orang lain dalam komuniti sekolah. Memikirkan dengan mendalam dan meminta maklum balas daripada orang lain.
2.       Berkomunikasi secara baik dengan individu dan kumpulan untuk mewujudkan dan mengekalkan perhubungan serta memberikan tumpuan kepada pengjaran dan pembelajaran.
3.       Melibatkan diri secara aktif dalam proses membuat keputusan secara bersama. Menawarkan diri secara sukarela untuk membuat susualan terdapat keputusan kumpulan.
4.      
Membangunkan kemahiran berfikir ke arah masa dengan untuk bekerja dengan orang lain serta merancang untuk pembangunan sekolah. Menetukan matlamat masa depan berdasarkan visi dan nilai yang dikongsi bersama.

Golongan Profesional


Siapakah Golongan Profesional?

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, (http://prpm.dbp.gov.my/Search.), golongan professional adalah  golongan yg menjawat profesion tertentu  seperti doktor, peguam dan sebagainya. Golongan professional juga ialah orang yang melakukan sesuatu pekerjaan sebagai ahli sukan, pelakon dan sebagainya dengan sepenuh masa atau sebagai mata pencarian.
Menurut  Bernama dalam temu bual dengan fellow Rundingan dan Latihan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ( ahmadjais@ikim.gov.my ) menyatakan bahawa  professional adalah seseorang yang bertugas dalam satu bidang atau profesion yang memenuhi kriteria berikut:

1.  Bidang  tugas itu memerlukan pengetahuan dan kemahiran pada tahap tertentu yang diperolehi menerusi pendidikan formal dan bukan formal.
2.      Bidang  tugas itu dikawalselia oleh sebuah badan, pertubuhan atau persatuan, yang mengkhusus 
      dalam membangunkan tugas itu.
3.    Tugas  itu memanfaatkan masyarakat, dalam menyediakan khidmat dan produk tanpa menyebabkan kemudaratan kepada masyarakat dan alam sekitar.

Saturday, March 7, 2015

Latar Belakang SMK TEMERLOH, PAHANG.





Sekolah Menengah Kebangsaan Temerloh telah dibuka pada tahun 1965 di atas tanah seluas 22 ekar dengan gelaran Sekolah Menengah Rendah Kebangsaan Temerloh. Sekolah ini telah dirasmikan pada 10.10.1967 oleh En. Khir Johari, Menteri Pelajaran. Pengetua pertama sekolah ini ialah En. Ahmad Sujak.
Pada peringkat awal penubuhannya, SMKT hanya menumpang di Sekolah Kebangsaan Bandar Temerloh. Dalam tahun 1966, SMKT mempunyai bangunannya sendiri iaitu dua buah asrama (lelaki dan perempuan), dua buah bangunan yang mengandungi 12 bilik darjah, dua makmal sains, pejabat dan kantin.
Pada tahun 1967 beberapa bangunan tambahan telah dibina iaitu satu bangunan bilik Seni Perusahaan dan bilik Sains Rumahtangga, dua buah rumah guru dan pagar sekeliling sekolah.Daripada tahun 1968 hingga akhir tahun 1971 tiada tambahan bagi sekolah, hanya pada tahun 1972 bangunan baru telah didirikan oleh kerajaan mengandungi tiga buah bilik darjah untuk sains tulin. Pada bulan September 1974, bangunan dua tingkat dibina untuk menambahkan bangunan sekolah, diikuti pada tahun 1991, sebuah lagi bangunan tiga tingkat telah dibina menjadikan sepuluh buah bangunan.
Pada awal pembukaannya, hanya terdapat dua buah bilik darjah dengan 56 orang pelajar. Pada tahun 1972, sekolah ini telah berkembang menjadi sekolah menengah atas dan kumpulan pertama yang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia ialah pada tahun 1972. Pada tahun 1977 pula, kelas Tingkatan Enam telah dibuka. Bilik darjah dan makmal juga bertambah. Golongan pertama yang mengambil peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia pada tahun 1978 iaitu seramai 27 orang.
Pada tahu 1984, kelas-kelas tingkatan enam atas diperluaskan ke aliran sains. Pada tahun yang sama juga kelas peralihan dibuka. Sekarang SMKT telah menjadi salah sebuah sekolah yang terbesar di daerah Temerloh dan Pahang yang mempunyai aliran sains.
Sesuai dengan perkembangannya, sekolah ini mempunyai motonya yang tersendiri iaitu “USAHA JAYA”. Selain itu, lencana sekolah juga telah dicipta oleh seorang guru iaitu pada tahun 1966. Lagu sekolah iaitu USAHA JAYA pula telah dicipta oleh Khalili Ahmad dengan tujuan untuk menaikkan lagi semangat pelajar untuk terus berusaha samada dalam bidang akademik dan ko kurikulum...