Sunday, March 8, 2015

Golongan Profesional


Siapakah Golongan Profesional?

Menurut Kamus Pelajar Edisi Kedua, (http://prpm.dbp.gov.my/Search.), golongan professional adalah  golongan yg menjawat profesion tertentu  seperti doktor, peguam dan sebagainya. Golongan professional juga ialah orang yang melakukan sesuatu pekerjaan sebagai ahli sukan, pelakon dan sebagainya dengan sepenuh masa atau sebagai mata pencarian.
Menurut  Bernama dalam temu bual dengan fellow Rundingan dan Latihan Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) ( ahmadjais@ikim.gov.my ) menyatakan bahawa  professional adalah seseorang yang bertugas dalam satu bidang atau profesion yang memenuhi kriteria berikut:

1.  Bidang  tugas itu memerlukan pengetahuan dan kemahiran pada tahap tertentu yang diperolehi menerusi pendidikan formal dan bukan formal.
2.      Bidang  tugas itu dikawalselia oleh sebuah badan, pertubuhan atau persatuan, yang mengkhusus 
      dalam membangunkan tugas itu.
3.    Tugas  itu memanfaatkan masyarakat, dalam menyediakan khidmat dan produk tanpa menyebabkan kemudaratan kepada masyarakat dan alam sekitar.

No comments:

Post a Comment